Sistem pesanan ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan Restoran Terrapong Batu 18 untuk membuat pesanan makanan tanpa perlu menunggu pekerja restoran kami. Anda boleh terus membuat pesanan makanan dari telefon pintar dan pekerja kami akan datang meja anda untuk membuat pengesahan pesanan.
Bagaimana Membuat Pesanan?
Membuat pesanan hanya semudah ABC.
Anda boleh pilih mana-mana menu makanan yang anda inginkan dari set makanan, ayam, ikan, daging, minuman atau sebagainya. Untuk pilihan menu set makanan anda perlu membuat pilihan masakan yang kami sediakan. Begitu juga ikan. Harga ikan bergantung pada saiz ikan dan mengikut harga semasa.
Setiap menu makanan kami disertakan dengan harga dan cukai SST 6%. Pesanan anda akan dihantar kepada pekerja restoran kami.
Sekiranya anda tersilap atau ingin membuat pesanan tambahan, jangan risau. Pekerja restoran kami akan datang ke meja anda untuk membuat pengesahan pesanan.
Dengan menggunakan sistem ini juga kami ada sediakan ruangan bantuan untuk memudahkan anda memanggil pekerja kami untuk membantu anda.
Jika anda ada cadangan atau maklum balas bagi menambah baik perkhidmatan restoran kami, anda boleh ke ruangan Cadangan & Maklum Balas. Kerjasama anda amat kami hargai.